Author Archive

I CANT WAIT FOR A LONG SCHOOL HOLIDAY!

Saya sudah booked tiket untuk kembali ke tanahair ku hujung tahun ini. Sangat tak sabar and I’m counting days everyday. Minggu depan sekolah seminggu. Puasa sebulan. Raya cuti seminggu. Sekolah sebulan. Then cuti!!!

Me and my dear had planned a lots of activities for this coming school holiday. But, I really hope in between nak tunggu cuti sekolah tu, he’ll manage to visit me over here!

Tapi, semua itu adalah rahsia kerajaan besar dan tersimpan di dalam fail sulit.

Yang, busy-busykan diri eh? Supaya masa cepat berlalu and we can say hello to November!

I miss u and thanks for blooming my day everytime I think about you.

Comments (2)

PONDOK

Kadang-kadang bila ada aktiviti di sekolah, saya lebih senang berjalan kaki. Perjalanan cuma mengambil masa selama 10 minit. Jika nasib saya baik, saya akan berjalan bersama anak-anak murid di sekolah. Jika tidak, terpaksalah saya bertawakal kepada Allah apabila melalui jalan yang sunyi itu. Bukan cuma takut kepada orang-orang yang aneh muncul di sebalik semak, tetapi di sini anjing liar sangat banyak berkeliaran. Orang kata, anjing di sini jinak, tapi sapa tau kan? Malang tidak berbau.

Doakan kehidupan saya di sini sentiasa selamat dan dilindungi Allah ya?

Setiap kali saya melalui jalan tersebut, saya pasti akan melalui sebuah perkampungan Suluk. Di sini banyak rumah-rumah kayu. Ada yang cantik, dan gah. Ada juga yang kelihatan daif. Sedih saya melihatnya. Tapi, apa yang menariknya di sini, tak kisahla betapa daif pun rumah tersebut, di dalamnya pasti ada set audio yang canggih untuk karaoke. Dan setiap rumah juga pasti ada piring astro. So, can u imagine how ulu the place i live now? :)

Berbalik kepada kisah rumah yang daif itu, setiap kali saya melalui rumah tersebut, hati saya pasti terasa hiba. Terdetik juga di hati saya, mereka ini tiada keluarga berdekatan untuk membantu ke? Errmm, mulanya saya ingat cuma seorang lelaki tua yang tinggal di pondok itu, sehinggalah pada satu hari, sebenarnya sekeluarga yang tinggal di pondok tersebut. Di mana bilik? Di mana bilik air? Di mana dapor? Di mana ruang tamu? Di mana ruang makan? Saya tidak pasti.

Mungkin anda ada jawapannya.

p/s: Kehidupan di sini mematangkan aku untuk persedian masa depan.

Comments

MY LIFE HERE AS A TEACHER

Saya berada si sebuah pekan kecil di timur Malaysia. Pekan apa? Cubala teka. Di sini banyak pulau-pulau yang cantik menarik tertarik da bom! Salah satu destinasi percutian.

Di sini juga ramai pendatang asing. Sehinggakan sekolah yang saya mengajar pernah mempunyai seribu lebih orang murid, tinggal separuh dari jumlah itu selepas operasi. Jadi, yang ada sekarang orang-orang tempatan yang kebanyakkan dari suku kaum Bajau dan Suluk.

Belajar tentang bahasa ibunda mereka tidak lah begitu payah. Tetapi terkedu juga teacher yang sorang ni. Sehingga anak murid dipaksa mengulang beberapa kali. Kadang-kadang kalau guru-guru yang terkeluar loghat ibunda mereka, saya hanya diam dan tersenyum. Sebab saya tak faham. Adakalanya saya tergelak sendiri sebab saya terpaksa fokus 100% apabila hendak berkomunikasi dengan mereka di sini.

Murid-murid di sini sama seperti murid di semenanjung. Masih manusia biasa, tapi budak kampung yang tidak terurus.

Saya menyewa di sebuah rumah semi-D di pekan kecil ini dengan kadar sewa RM800 sebulan. Rumah fully furnish lengkap dengan segala perabot. Saya menyewa bilik seorang dengan kadar RM250. Okla kan? Pada awalnya saya pergi dan balik sekolah berjalan kaki, tetapi setelah difikirkan tentang ciri-ciri keselamatan, saya mengambil keputusan menyewa kereta yang akan mengambil dan menghantar saya ke tempat kerja. Biarlah rugi sedikit, asalkan keselamatan saya terjamin.

Rumah saya dekat juga dengan pekan, pejabat imigresen, pejabat pos, pasar basah dll. Dan saya cuma perlu berjalan kaki ke tempat-tempat tersebut. Tapi, kalau habuan penuh di tangan, terpaksalah menahan perebet sapu.

Di sini tiada shopping mall. Yang ada cuma supermarket. Fastfood? Adala KFC. Tapi, amat jarang kami serumah makan diluar. Kami lebih suka makan masakan kami sendiri di samping bolehlah menambah skill memasak yang ada. Kata serumah plan nak kahwin dan keluar dari pekan kecil ini tahun hadapan… :).Hehehe.

Apa lagi ya nak cerita?

Setakat ini saya belum berkesempatan ke mana-mana pulau lagi. Ke bandar besar pon belom ada masa. Sibuk dengan aktiviti keguruan yang menuntut pengorbanan dan tanggungjawab seorang guru. Terlalu banyak pembaharuan perlu dibuat. Terlalu banyak perkara perlu dibetulkan. 2 minggu saya di sini, terserlah banyak kelemahan sistem pendidikan di sini yang mengundang kepada kemerosotan pelajaran anak-anak di sini. Kasihan mereka.

Suasana di sini amat berbeza dengan apa yang pernah saya lalui sebelum ini. Cara hidup yang berbeza dan di sini saya belajar dari kesusahan. Jalan-jalan di pekan adakalanya buat saya terfikir tentang hidup ini. Anak-anak kecil di sini dijadikan buruh kasar. Kalau saya keluar dari supermarket, pasti ada yang menghulur tangan. Kawan saya pernah terkena, elok saja dia berlalu, wang yang diberi, diambil oleh seorang wanita yang tidak dikenali. Terkedu kami.

Jika ke pasar, akan kelihatan anak-anak kecil bergaduh sesama sendiri. Mereka memegang sebungkus beg plastik, dan masing-masing akan mengoffer diri untuk membantu membawa barang di pasar. Masa tu akan berlaku aktiviti tawar menawar sehingga ada yang cuma meminta 10 sen sebagai upah tidak kira berapa berat pon barang di bawa.

Ada juga saya melihat anak-anak kecil bermain dipusat pembuangan sampai. Tong besi Majlis Perbandaran tu dibuat seperti taman permainan fantasi mereka. Plastik dari tong sampah itu ditiup tanpa rasa jijik, dan mereka bermain kegembiraan.

Kehidupan yang sangat jauh berbeza dari hidup saya yang sebenar yang pernah membesar di bandaraya Kuala Lumpur.

Oklah.

Nanti saya tulis lagi tentang perjalanan hidup saya di sini.

Comments (4)

CINTA

Ada orang kata cinta itu ibarat menghirup kopi yang panas. Diminum perlahan-lahan. Tidak boleh gelojoh. Kalau gelojoh, terbakar lidah.

Ada juga orang kata, cinta itu ibarat satu perjalanan dari satu titik A ke satu titik B.

Satu perjalanan yang panjang.

Cinta saya terlalu panjang. Terlalu jauh perjalanan cinta ini. Orang kata, satu tahun sebulan adalah satu jangka masa yang singkat, tetapi tidak bagi saya kerana terlalu banyak memori yang berlaku antara saya dan dia.

Perjalanan cinta ini seperti melalui lebuhraya utara selatan yang panjang. Tetapi, adakalanya kita terkandas dalam melalui jalan yang berliku itu. Ada yang tersilap pilih exit, berhenti di perhentian R&R, singgah ke toilet atau mungkin ditahan oleh penumpang yang terlepas bas.

Yang penting hati mesti kuat untuk mempertahankan cinta yang ada dalam genggaman dan pandai mengawal keadaan. Tambahan pula apabila berhadapan dengan penumpang yang degil mahu ikut serta, sedangkan destinasinya adalah berbeza dengan kita.

Cinta saya mengajar saya untuk menjadi seorang yang kuat untuk menepis segala “anasir-anasir” luar yang cuba menggugat cinta kami. Cinta kami juga mengajar saya apa maksud rindu dan sayang. Apa itu masa depan. Apa itu kehidupan.

Yang penting saya tahu, hatinya cuma untuk saya, dan hati saya cuma untuk dia.

Sayang,

Thanx for being there where ever I am.

Absence makes heart grow fonder.

Comments

HELLO!

Dah lama sangat kan aku tak menulis? Terputus hubungan internet dan rakan-rakan. :)

Nak dengar cerita cikgu kah? :)

Perjalanan kami bermula pada hari Jumaat 1 Ogos 2008  dan saya dihantar oleh kedua sayang saya. Si dia dan Diella. Sebelum masuk ke balai berlepas di KLIA, suasana terasa sangat syahdu apabila melihat muka kedua sayang saya. Tambahan lagi apabila Diella menangis teresak-esak dan melihat renungan kekasih hati dari jauh.

” How can I live by living so far away from you? Kerana pada hakikatnya, we never been apart pon selama ni.”

Tapi hidup ini perlu diteruskan. Saya perlu jadi kuat demi tanggungjawab saya mendidik anak-anak bangsa. Kata-kata semangat dari dia menjadi penguat hidup saya di sini.

Saya tiba di pekan ini pada 2 Ogos 2008. Sedih. Malam sebelum bertolak ke pekan ini saya menangis seorang diri di dalam bilik hotel (kebetulan saya dapat bilik seorang) dan juga bersedih sepanjang perjalanan ke sini.

Pada saya, itu kebiasaan. Terima je.

Pekan ini 10 tahun lebih mundur dari pekan di semanjung. Kebanyakkan dari anak-anak murid tidak begitu fasih membaca, malah ada yang tidak tahu membaca walaupun sudah berada di tahun 6. Buat sementara waktu, saya ditugaskan untuk menggantikan guru yang berkursus selama 3 bulan untuk subjek Bahasa Melayu tahun 4. Dan saya berazam untuk memastikan anak-anak didik saya ini pandai membaca sebelum mereka menduduki peperiksaan UPSR. Mereka kenal ABC tetapi tidak tahu mengeja.

Tahun hadapan tugas saya akan lebih berat kerana perlu menumpukan sepenuhnya untuk subjek Bahasa Inggeris murid-murid tahun 6 di sekolah itu.

Walauapapun, cabaran harus disahut!

Long Distance Relationship?

This is our first experience, and saya sentiasa berpegang pada kata-kata absence makes heart grow fonder. Walau apa terjadi, dia tetapi kekasih saya awal dan akhir dan cukup kalau katakan, saya semakin bahagia. We plan a lot for the future and for us.

Dan dia sentiasa memberi saya kekuatan dan menasihatkan saya untuk terus tabah mengharungi cabaran ini.

“Kita redah je…”

Thanx sayang. Kerana awak, saya masih di sini walaupun dugaan ini terlalu berat untuk saya hadapi.

Saya hanya orang biasa yang berusaha secara luarbiasa.

Tunggu saya.

p/s: Saya juga rindukan kedua ibubapa saya. Abah and ummi, I miss both of u so much!

p/s/s: Happy! Sudah booking tiket pulang cuti sekolah hujung tahun ini! Yeay! 10 weeks to go.

Comments (9)

MENGHITUNG HARI

Menghitung hari…
Demi cinta, demi masa depan…

Absence makes the heart grow fonder.

Cerita cinta kita terlalu indah tetapi untuk kita sahaja…

p/s: Sayang, 70-30 ek? Ok!

Comments (10)

MEMUJUK HATI

Its really hurt to see our parent cried.

Dari minggu lepas, rumah di Anak Bukit sangat meriah. We are complete. A complete family. Jarang sekali dapat berkumpul sebegini.

Terima kasih Majlis Pertunangan Afifah & Ariff.

One word. Meriah.

Dapat lihat riak wajah abah yang ceria. He smiled. And his smile really make me happy after few times he collapsed, warded, and the list goes on. Seriously, I’m happy to see him happy. I’m happy to see him laughing. It’s precious.

Hari ini. Melihat ummi menangis teresak-esak buat diri aku sendiri rasa sebak. It’s hurt me so much.

Apa yang aku boleh buat? Berlari ke bilik. Menangis seorang diri. Mencari alasan supaya mereka tak tahu yang aku menangis kerana melihat mereka menangis.

“You, you tak sedih ke sorang-sorang nak pergi? U tak rasa sunyi ke?”

Abah diam. Termenung jauh.

“You, I sedih. I rasa nak duduk dalam bilik. Nangis puas-puas sekuat hati…”

Abah diam lagi. Pejam mata.

I know, he’s crying in his heart. Sangat mendalam perasaan itu. Aku tahu abah tahan air mata dia dari keluar. He’s 70 years old and his heart is so fragile. He’s too sensitive.

Di saat aku ingin melangkah pergi. AKu cium tangan abah. Cium pipi abah kiri kanan dan aku peluk abah erat.

Aku nampak air mata abah bergenang, dan segera aku berlari jauh dari situ kerana air mata aku sendiri pun sukar untuk aku tahan. I was crying since morning till the time I have to leave.

AKu. Manja dengan abah. Sayang abah lebih dari umi. Tempat aku mengadu nasib. Tempat aku bertukar pendapat. Dan kata-kata dari dia sahaja yang dapat masuk dalam hati seorang yang ego seperti aku ini. Abah manja dengan aku. Kami sangat rapat.

“Teh dengar abah cakap ni. Malam ni, teh ingat apa yang abah pesan. Mana tau nanti teh tak sempat nak jumpa abah”

Abah pls. Pls dont say that. I love you. I love you so much. And please dont leave me!

Aku melihat abah lap air matanya dengan tisu. It’s hurt me so much abah. Rasa macam ada satu beban yang berat terpaksa aku pikul setiap kali kaki ini melangkah.

Baru tadi aku berbual dengan abah. Aku akan pulang. Dan aku ajak abah bersama dengan aku di sana. Abah diam.

” Tak payah la balik raya. Pipah tak balik pon”

“Mana boleh abah. Teh akan balik!”

Abah sengih.

Sebelum aku pergi. Abah melambai dari pintu. Sepantas itu juga aku tekad berlari ke arah abah. Sekali lagi air mata aku tumpah.

“Abah, jangan lupa makan ubat. Jangan kerja kuat sangat.”

“Teh duduk sana elok-elok”

Aku peluk abah erat.

“Pergilah!”

“Teh nak peluk abah kuat-kuat dulu.”

Aku peluk abah erat. Kalau dulu aku rasa malu untuk berbuat demikian, tapi hari ini itu yang aku mahu.

Umi, mata yang masih bengkak.

“Macam ni rupanya rasa bila anak-anak kawen, ikut husband semasing”

“Ummi, kitorang bukan pegi kawen…kitorang still akan balik”

Ummi senyum. Aku sengeh. Aku tau ummi amat rindukan anak dia yang seorang itu. Mereka terlalu rapat. Sedihla.

IT’S HURT TO SEE OUR PARENT CRYING!

p/s: dan aku masih menangis. dlm hati. yang, i’m counting the days…

Comments (8)

SPEECHLESS

I’m speechless.

Dan jangan tanya kenapa.

Comments (9)

IKHLAS

Jika asalnya berkawan itu penuh keikhlasan dan dengan hati yang telus, pengakhirannya takkan ada kata-kata

“kau bukan jodoh”

Semuanya terletak di atas diri kita sendiri. Sememangnya jodoh itu rahsia Allah, tetapi usaha kita yang menjadikannya ia terjadi. Menjadikan yang diidamkan satu kenyataan. Menjadikan sayang itu semakin mekar.

Jika ikhlas dan jujur bila berkawan, takkan lari apabila berjumpa yang lain. Takkan ada kata-kata bahawa kita tidak serasi. Takkan ada kata-kata kau bukan jodoh.

Setiap kekurangan dan kelebihan itu kita terima seadanya. Malah saling bantu membantu memperbaiki setiap kelemahan yang ada.

Semuanya datang dari kita, dari kamu, dari saya, dari awak.

Thanks Melal.

Comments (8)

SHANNON DOHERTY

Ada orang telah membuat spekulasi yang muka I sama dengan minah ni.

Tang mana tah sama tatau la.

Sama ke?

Kalau orang komen tak sama, siap hang Boboy!

Comments (13)

« Previous entries