I found this on the table. My father wrote this;
JANGAN BERPELUK TUBUH
Kita sebagai pesara kerajaan sebenarnya perlu memikirkan secara serius bagaimana hendak menangani masalah kenaikan kos sara hidup. Kita kini berhadapan dengan masalah penurunan mendadak ke atas kuasa membeli barangan di pasaran. Ini kerana kenaikan harga minyak menyebabkan golongan pesara yang dahulunya kakitangan kerajaan rendah seperti pelayan pejabat, pemandu, kerani, kastam, immigration, bomba, pasukan keselamatan polis dan sebagainya yang menerima jumlah pencen yang kecil jatuh miskin tegar sejurus minyak petrol dan diesel naik secara mendadak dengan harga masing-masing RM 2.78 sen dan RM 2.58 sen dikuatkuasakan.
Adakah kita terus mahu berpeluk tubuh dan hanya menyerahkan kepada takdir semata-mata? Selain hanya mengharap kepada kerajaan untuk menolong kita, marilah kita semua golongan-golongan pesara tidak kira berpendapatan kecil mahupun besar, duduk berbincang dan mengambil keputusan menubuhkan satu Pasaraya Koperasi (ala Tesco dan Giant) bagi pesara dengan memulakan modal permulaan seorang, sebagai contoh, sejumlah RM100. Kita lantik mereka yang benar-benar boleh mengendalikannya secara jujur dan amanah serta berpengetahuan tinggi di dalam bidang perniagaan. Koperasi boleh mendapatkan barangan secara borong dan menjualkannya kepada ahli dan orang ramai dengan harga yang lebih rendah dan berpatutan. Ini pernah dilakukan dan terbukti di mana pernah wujud sebuah Koperasi Serbaguna di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur dan Professor Ungku Aziz juga merupakan ahlinya.
Saya percaya, Pak Ungku Aziz dapat menolong kita dan kita berharap inilah satu cara yang boleh kita lakukan bagi membendung kos barangan yang terus meningkat dan mustahil untuk turun. Kiranya, persetujuan di antara golongan pesara dicapai, bolehlah kita tubuhkan satu Ahli Jawatankuasa Penubuhan yang dikendalikan oleh Jabatan Koperasi/Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia diterajui Presidennya iaitu Tan Seri Abdullah Ayob bagi melaksanakannya.
Semoga angan-angan saya menjadi kenyataan dan tidaklah saya seorang yang hanya bermimpi di siang hari.
SUDAH DAPAT GADING BERTUAH, TANDUK TIDAK BERGUNA LAGI
Adalah malang sekali khidmat bakti Pesara Kerajaan tidak lagi dikehendaki bahkan pesara yang sudah berpengalaman dalam pelbagai bidang tidak lagi diminta memberi pandangan dalam urusan kerajaan, terutamanya dalam pembangunan yang semakin parah dari semasa ke semasa. Banyak bangunan runtuh, jalan baru siap rosak, projek-projek tergendala kerana kurang mempunyai pengalaman. Kesannya, kita mengalami kerugian demi kerugian. Dahulunya ada hanya seorang pesara dilantik sebagai Senator dan setelah tamat tempoh, pihak kerajaan tidak lagi mahu menyambung dan tempat tersebut diisikan oleh orang lain. Maka sekarang tidak ada lagi wakil pesara di Parlimen. Apa salahnya jika Pesara Kerajaan diberi peluang dilantik sebagai Senator di Parlimen, di Dewan Negeri, di Majlis-majlis Daerah, JKKK Kampung, Lembaga-lembaga tertentu dan sebagainya.
Kalau jumpa air yang tenang,
Hendaklah kita berhati-hati,
Kerana dalam air yang tenang,
Banyak perkara boleh terjadi.Kalau jumpa pesara yang berpengalaman,
Hendaklah kita menghampiri diri,
Sebab dalam diri pesara berzaman,
Ada emas yang boleh digali.Kalau kejayaan telah tercapai dengan cemerlang, gemilang dan terbilang, tinggi melangit, janganlah lupa kami pesara yang ibarat rumput dibumi, yang dipijak, ditebas, dibakar dan tidak berguna lagi. Tapi hendaklah ingat pihak atasan, rumput boleh menjadi ubat penawar, makanan ternakan, hiasan padang bola dan taman jika tahu cara menggunakannya.
Bunga cempaka kuning mencelah,
Keduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.Begitulah nasibnya Pesara Kerajaan yang dipinggirkan. Bahkan kata hina yang dilemparkan;
“PESARA YANG TAK BUAT KERJA PUN DIBERI WANG”
Kata-kata itu kami sebagai Pesara Kerajaan terima sebagai cemuhan seolah-olah kami tidak berguna setelah tidak lagi berkhidmat di dalam perkhidmatan. Beginilah hinanya kami di mata mereka yang berkuasa.
Ditulis oleh,
Abdul Hamid bin Zakaria
Pesara Kerajaan Malaysia
Berkhidmat dari 01.08.1961 sehingga 08.12.1994
Komen dari anda semua amatlah saya hargai….



JKE9196 said,
July 1, 2008 @ 3:12 pm
tanpa yang terdahulu,generasi kini takkan nikmati apa yang kita rasa skrg kan..
orang berbudi kita berbahasa…
kaksusue said,
July 2, 2008 @ 5:58 am
waahhh..kagumnyer akak dengan ayah teteh. sungguh bernas dan berisi sekalik.
jangan kata pesara, akak yang masih kerja ni pon tengah kemelut dengan isu ini..maklumlah…sumer barang naik..naik campork kat opis pon dah 6-7 tau skang ni..sadisssss
kaksusue said,
July 2, 2008 @ 5:59 am
sori..i mean nasik camporrr hahah
shazanateh82 said,
July 2, 2008 @ 9:20 am
JKE9196,
setuju! somehow, kita kena juga ingat pada yang lebih tua dan berpengalaman kan? derang lagi makan garam.. and bak kata my daddy, ada emas yang boleh digali dari mereka…. i bukan nk bangga with my dad… tp tiap apa yang dia cakap… mmg bernas
Kak Sue,
OMG! Gila la, nasik campoq sampai 6-7 skang ni? Luckily, soon bila teh dah posting, I’ll buy my meal kat kantin saja… tp tu tak tentu jugak kan? Might as well, masak dan bawak bekal saje dari rumah….
Isu sungguh la semua barang nak dikawal… beras, gula… pasni ntah aper tah lagi agaknya. Padahal tanah air kita ni kaya dengan hasil bumi. Merasalah tak dapat nak nikmati hasil titik peluh negara sendiri tetapi sekadar sebagai penumpang…
shazanateh82 said,
July 2, 2008 @ 9:22 am
Btw, Teteh dalam process untuk create special blog for my daddy… Tittle dah ade… “Pak Mid’s thought”….
Tunggu kekawan!!!
Sindarellalalala said,
July 2, 2008 @ 11:50 am
weii. now aku tahu daripada mana dtgnya bakat menulis yang ada pada diri kau dan adik laki kau tuuu.. serius aku rasa touching giler bile baca nehh.. nak2 plak bapak aku pun pesara gomen kann… lagi la bertambah touching di situuu.. aku pun nak selongkar la buku2 nota abah aku..ntah2 bley jupe mende yang sama…
aku sokong penuh cadangan kau utk create blog for ur dad.. then ajar dia cara how to publish the post.. konpem pas ni ko berebut ngan abah kau utk guna internet..hikhikhik =p