MONDAY MORNING
Pagi saya dikejutkan dengan SMS dari Arief. Malam tadi ditidurkan dengan message dari Nen. Keduanya tentang info yang sama. Sana sini heboh diperkatakan “result posting” akan muncul hari ini. Saya gembira tapi saya tak mampu untuk terlalu berasa yakin kerana terlalu banyak “rumours” sebelom ini. Tak mahu kecewa kerana terlalu excited.
Rasa seperti satu perjudian nak menanti keputusan “posting”. Adakah akan berjauhan atau bertambah dekat?. Entahlah. Risau tetapi saya harus pasrah.
Kita abaikan tentang isu tersebut.
Pagi ini seperti biasa bersarapan pagi keseorangan dengan bertemankan kotak bergambar, dan bersuara. Bosan. Pada mulanya saya menonton filem lama “Love Stinks”. Cerita yang menyakitkan hati. Dan diteruskan dengan cerita Ibu Mertuaku.
Ini sarapan saya pagi ini.
Sambil menonton cerita ini. Kotak inilah peneman saya siang dan malam selain Encik Compaq saya.
Tidak kurang 15 minit saya berjaya menghabiskan masakan hasil dari air tangan saya sendiri. Licin….
Terus terang saya katakan, walaupun saya berada di Kota Metropolitan, tidak terdetik sedikit pun di hati saya untuk pergi berlibur sedangkan saya sudah asingkan sejumlah wang untuk itu. Untuk saya “mereleasekan” tekanan sepanjang KPLI yang lalu.
Saya cuma mahu menghabiskan masa yang ada dengan dia. Titik.
Sebenarnya, sepanjang pengajian tidaklah begitu menekankan. Kita belajar seperti biasa. Seperti orang lain belajar. 11 tahun di sekolah kerajaan dan separa kerajaan + 5 tahun di universiti swasta, tidak cukup lagi ke mendidik saya untuk menjadi seorang insan yang sentiasa ingin belajar? Cuma kekangan masa dan cara hidup yang berubah secara drastik membuatkan saya agak lambat untuk menyesuaikan diri. Terlalu jauh bezanya.
InsyaAllah, dalam tempoh saya menstabilkan hidup saya ini, saya akan sambung lagi pengajian saya. Mesti. Kerana ini masa depan saya.
Menonton filem Ibu Mertuaku ini sedikit sebanyak membuat saya terfikir tentang masa depan, nasib dan usaha kita sendiri.
“Allah tak akan mengubah nasib seseorang melainkan jika dia berusaha…”
Kassim Selamat seorang ahli muzik terkenal. Selepas berkahwin dengan Sabariah, mereka berhijrah ke Pulau Pinang kononnya mahu membina hidup yang baru. Tetapi, Kassim Selamat sedikit pun tidak mahu berusaha untuk mengubah nasib keluarga mereka dengan alasan Sabariah tidak membenarkan beliau bekerja di Kelab Malam. Lama-kelamaan, dari tinggal di hotel, mereka berpindah menyewa bilik dan akhirnya ke rumah bawah.
Sungguh menyedihkan kerana Kassim Selamat sedikitpun tidak mahu berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Bukankah Allah kurniakan kita tulang empat kerat, dua tangan dan dua kaki untuk kita gunakan sebaiknya? Dia juga beri kita akal untuk kita berfikir…
Kenapa saya emo tengok filem Ibu Mertuaku ini? Sebab pada saya, kalau Kassim Selamat sedar akan tanggungjawabnya sebagai suami dari awal lagi, apa yang berlaku pada dia mungkin adalah yang sebaliknya. Malah lebih baik. Mana tau dia disayangi Ibu Mertuanya dan kemudian P. Ramlee akan menayangkan pula filem baru, Anak Menantuku?
Sebagai seorang bakal guru, sebenarnya dari mula saya mendaftarkan diri sebagai salah seorang pelajar diploma pendidikan di Institut Perguruan Raja Melewar, saya tidak langsung berasa yakin dengan kebolehan saya. Malah, tiada secalit pon rasa minat dalam diri saya untuk menjadi seorang pendidik. Terus-terang saya katakan, saya seorang yang panas baran dan terlalu sensitif. Apa yang akan berlaku kepada saya sebagai seorang guru yang mendidik anak-anak kecil yang ibarat kain berwarna putih itu? Apa akan terjadi kepada anak-anak murid saya jika saya masih bersikap sedemikian?
Pada mereka;
“Guru mereka adalah superhero. Guru mereka betul. Guru mereka hebat.”
Sebenarnya, sepanjang pengajian saya di IPRM, pensyarah dan kehidupan di sana banyak mendidik saya untuk menjadi seorang yang penyabar dan positif dengan diri sendiri.
Dan kerana tiada pengalaman dan minat inilah mendorong saya untuk terus berusaha. Kerana tanggungjawab saya sanggup korbankan segala yang pernah saya impikan. Saya sudah berada di jalan ini, dan saya harus teruskan hingga ke akhirnya. Mungkin ada lubuk emas menanti saya di hujung sana.
Seharusnya saya harus sentiasa bersedia dan sebenarnya saya sudah mula menyusun strategi serta teknik ketika di sekolah baru nanti. Aktiviti pertama yang akan saya lakukan pada hari pertama dan seterusnya.
Sebab apa? Semasa praktikal, terlalu banyak perkara yang saya belajar dan dari situ terlalu banyak kelemahan diri saya yang dapat saya kenalpasti. Yang paling jelas, saya terlalu fleksibel sehingga saya tidak kisah bermain kejar-kejar dengan anak murid dan membiarkan mereka mencubit pipi bulat saya. Ada yang berani cubit lengan saya sampai lebam.
Ok, sekarang sapa yang dera sapa?
Agak-agak boleh tak saya report polis dan saman keluarga budak tersebut? Mesti glamer saya di dada-dada akhbar nasional bukan?
Ok. Saya bergurau. Tapi itu cerita benar.
p/s: I’m going to KLIA this evening to meet my lil sister. She’s coming back to meet our daddy and her engagement in 2 weeks time. So, akan pulang ke Alor Star next week for the preparation.
















